KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa barangan mewah merangkumi barang kemas dan beg tangan berjumlah AS$346 juta (RM1.6 bilion) dibeli menggunakan wang yang dikatakan diseleweng daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebaliknya, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, dakwaan yang dibuat oleh 1MDB bahawa kesemua barangan itu dibeli menggunakan wang haram adalah satu tohmahan yang jahat dan hanya berniat untuk mengaibkannya. “Plaintif-plaintif…