RM1 juta sumbangan penjagaan asas untuk komuniti

RM1 juta sumbangan penjagaan asas untuk komuniti

Wakil Tohtonku menyampaikan sumbangan kepada pihak komuniti yang turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM 1juta sumbangan barangan asas penjagaan dan kebersihan keluaran syarikat Tohtonku akan diberikan pelbagai golongan kurang bernasib baik sempena ulang tahun ke-60 syarikat itu bulan ini.

Pengarah Eksekutif Tohtonku, Jasper Lim berkata, produk yang disumbangan itu meliputi barangan yang terdiri daripada berus gigi, cecair pembasmi kuman, pelembap, pencuci, mandian badan dan syampu berjenama ‘Follow Me’.

Katanya, sumbangan itu juga sebagai penghargaan kepada komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak yatim, golongan berpendapatan rendah (B40) dan orang kurang upaya (OKU).

“Kita juga berharap sumbangan ini dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan kebersihan sehingga ke tahap optimum.

“Apatah lagi dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa penyakit lebih mudah melanda dan menjejaskan golongan rentan dan kurang bernasib baik disebabkan kekangan mengekalkan kebersihan pada tahap terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jasper berkata, sebanyak 15,000 individu dan organisasi akan menerima sumbangan tersebut .

“Produk ini akan diedarkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) terpilih dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Doctors without Borders; Médecins Sans Frontières (MSF) dan Yayasan SOL.

” Sebelum ini, syarikat telah mengedarkan kumpulan pertama produk kebersihan kepada penduduk PPR Taman Wahyu 2, PPR Seri Semarak, dan Yayasan SOL dengan melibatkan 6,300 individu. Sumbangan seterusnya akan diedarkan kepada komuniti B40 di kawasan Sungai Besi, Keramat Permai dan Bandar Kinrara,” jelasnya.

Tambah Jasper, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan amal seperti Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Community at Heart, Rumah Raudhatul al-Feez dan Pertubuhan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Home of Peace bagi memudahkan pengagihan produk untuk komuniti yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN