NIBONG TEBAL : Seramai 24 peratus pengundi telah keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sehingga pukul 11 pagi, hari ini. Data terbaharu itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun kepada pemberita hari ini. Menurut Ramlan, secara keseluruhannya, proses pengundian berlangsung dengan baik dan tenteram di semua pusat mengundi setakat ini. “Saya berharap…