PRK DUN Nenggiri: Calon UMNO kategori `WALI’

PRK DUN Nenggiri: Calon UMNO kategori `WALI’

AHMAD Zahid Hamidi ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Program-Program Inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) di hotel di ibu negara. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO telah memutuskan calon anak tempatan dan kategori `WALI’ (winnability, acceptability, likeability) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, calon berkenaan akan diumumkan minggu ini dan pemilihan tersebut adalah yang terbaik untuk penduduk Neggriri.

“Pemilihan calon itu adalah yang terbaik dan dikategori sebagai WALI, yang merujuk kepada winnability (boleh menang), acceptability (kebolehterimaan) dan likeability (disenangi).

“Kita akan umumkan minggu ini dan pemilihannya adalah yang terbaik dan dalam kategori WALI,” kata beliau selepas merasmikan Majlis Pelepasan Peserta Program-Program Inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon BN di  DUN Nenggiri.

Ketua Sekretariatnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat yang berlangsung 9 Julai lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal  masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi selepas penyandang DUN itu, Mohd. Azizi Abu Naim digugur keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana menyokong kepimpinan Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN