KUALA LUMPUR: Polis sudah menyerahkan permohonan Perintah Untuk Menyiasat (OTI) kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi merakam percakapan pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Petaling Jaya dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, permohonan dihantar hari ini bagi mendapatkan perintah untuk memanggil suspek bagi dirakam percakapan. “Ya, kita sudah submit (hantar) permohonan untuk mendapatkan perintah untuk menyiasat kepada TPR, hari…