Polis puas hati proses pengundian lancar

Polis puas hati proses pengundian lancar

HAMZAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Polis Pulau Pinang berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, proses pengundian yang bermula pagi tadi sehingga petang ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Tiada sebarang aduan diterima berkaitan dengan hari pengundian PRK Sungai Bakap hari ini.

“Semuanya baik dan terkawal dari pagi hingga petang. Pihak polis sangat berpuas hati dengan perjalanan undi PRK Sungai Bakap yang lancar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Seramai 39,151 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat baharu pada PRK DUN Sungai Bakap, hari ini dengan sembilan buah pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi tadi.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN