IPOH: Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di sini. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengingatkan Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri mengenai peruntukan tersebut. Beliau berjanji peruntukkan tersebut akan diterima dalam tempoh satu atau dua minggu lagi. “Yang lain-lain (pembangunan kompleks), mungkin kita berbincang lagi dan teliti supaya pegawai-pegawai dapat teliti. Kita runding dengan kerajaan negeri bagaimana boleh…