KUALA LUMPUR: Seperti kebiasaan setiap hari Jumaat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluang masa makan tengah hari di Medan Selera Raja Muda Abdul Aziz.
Perdana Menteri tiba di medan selera tersebut pada pukul 12.20 tengah hari sebelum memilih menjamu selera di gerai Nasi Ayam Kampung Restoran A. Hassan.
Ketibaan Anwar disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.
Sebelum menjamu selera Anwar menyapa peniaga, pekerja dan pelanggan di medan selera tersebut selain meninjau perkembangan projek Lestari Niaga@Kuala Lumpur yang sudah dimulai 10 Mei lalu.
Selepas itu Perdana Menteri dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kampung Datuk Keramat. – UTUSAN










