KUALA LUMPUR : Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan sebanyak RM50,000 kepada Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bagi menganjurkan aktiviti bahasa dan kesusasteraan yang akan melibatkan semua institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) awam dan swasta di negara ini. Pengumuman itu dibuat Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam majlis sambutan Hari Puisi Kebangsaan ke-3 di sini, malam tadi Zambry berkata, beliau telah berbincang mengenai penganjuran aktiviti sastera tersebut …

 
								 
											









