Permohonan Muhyiddin semak keputusan kembalikan pertuduhan diputuskan 20 Ogos

Permohonan Muhyiddin semak keputusan kembalikan pertuduhan diputuskan 20 Ogos

MUHYIDDIN Yassin ketika hadir untuk mendengar permohonanya menyemak semula keputusan mahkamah yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Rayuan, Putrajaya di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Ogos ini untuk keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.

Panel lima hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak terlibat.

Turut bersidang dalam panel sama ialah Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan yang dinamakan sebagai responden diwakili Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.

Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiadin Yasin diwakili peguam-peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Steven Suppiah Perian KC (King’s Counsel).

Pada 28 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S.M. Komathy Suppiah memutuskan agar keempat-empat pertuduhan itu ‘dihidupkan semula’ selepas mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila membatalkan kesemua pertuduhan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN