Perhilitan tumpaskan sindiket jual 200 kura-kura dilindungi

Perhilitan tumpaskan sindiket jual 200 kura-kura dilindungi

ANTARA kura-kura spesis dilindungi yang dirampas Jabatan Perhilitan dalam serbuan di Ampang, 2 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sindiket menjual spesies kura-kura dilindungi yang diseludup masuk dari luar negara ditumpaskan dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Tasek Permai, di sini, baru-baru ini.

Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepasukan Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia itu dijalankan pukul 7.30 malam, 2 Julai lalu. 

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya turut menahan enam individu termasuk seorang wanita terdiri daripada empat warga Kemboja dan dua tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan di dalam premis terbabit menemukan kira-kira 200 ekor kura-kura disyaki spesies dilindungi. 

“Antaranya, Chinese Stripe Necked Turtle, Black Pond Turtles, Snapping Turtle, Sulcata Tortoise, Leopard Tortoise, Red Footed Tortoise dan Kura-Kura Katup,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Abdul Kadir, pasukan operasi turut merampas tiga ekor ular, seekor mengkarung, empat labi-labi serta lima ekor katak dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM246,394.

Beliau berkata, soal siasat mendapati suspek gagal mengemukakan lesen atau permit daripada Jabatan Perhilitan yang membolehkan menyimpan hidupan liar dilindungi itu. 

“Beberapa barang seperti  tiga telefon bimbit, Ipad, buku resit, 10 unit CCTV, empat set komputer serta dua peti sejuk telah dirampas untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kura-kura itu diseludup masuk dari luar negara untuk pasaran gelap tempatan dan kita tidak tolak kemungkinan aktiviti jualan ini berlaku secara dalam talian atau juga pembeli tetap,” katanya. 

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian ahli serta pembeli terlibat,” ujarnya.

“Tindakan diambil mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716],” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini