Penyeludup dikhuatiri lemas

Penyeludup dikhuatiri lemas

LOKASI kejadian mangsa dikhutari lemas selepas terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran Pos Pulai, Rantau Panjang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki yang disyaki penyeludup dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Golok dekat Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulai, di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd. Yuki Mohd. Yusoff, 41, hilang di dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 8 malam selepas dipercayai cuba melarikan diri semasa serbuan pihak polis.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Azmi Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.17 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 19 anggota dari balai bomba Pasir Mas, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) balai bomba Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mengesan mangsa.

“Operasi bagaimanapun ditamatkan kira-kira pukul 3.55 pagi sebelum disambung semula pada pukul 8 pagi tadi. Sehingga kini, mangsa masih belum dijumpai.

“Selain selaman pasukan PPDA, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dijalankan di kawasan pesisir pantai dengan menggunakan tiga buah bot bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN