SETIU: Seorang peniaga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 35.5, Lembah Bidong Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden, Mohd. Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada pukul 12.50 tengah hari. Menurutnya, kejadian itu melibatkan sebuah Toyata Avanza, lori jenis Hino…