PONTIAN: Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) memberi amaran kepada pengusaha sebuah kilang yang menimbulkan kacau ganggu bunyi bising supaya tidak lagi beroperasi sehingga larut malam. Yang Dipertuanya, Ab. Razak Abd. Khalid berkata, hasil siasatan pasukan pegawai penguat kuasa memang benar ada aktiviti kilang dijalankan sehingga lewat malam dan menimbulkan bunyi bising, sekali gus mengganggu keselesaan masyarakat di sekitarnya. “Bahagian penguatkuasaan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap aktiviti yang dijalankan oleh kilang tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Semalam, akhbar ini melaporkan kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sungai Terus, Kayu Ara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya