Pendaratan ikan darat Perak tertinggi di Malaysia

Pendaratan ikan darat Perak tertinggi di Malaysia

GAMBASR HIASAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Nilai pendaratan ikan darat atau ikan air tawar oleh nelayan darat di Perak adalah tertinggi di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, Jabatan Perikanan Malaysia mencatatkan seramai 1,471 nelayan darat di Perak dan mendaratkan sebanyak 2,695.73 tan metrik ikan.

“Pendaratan ini merupakan nilai pendaratan ikan darat tertinggi di Malaysia. Lampam Sungai dan Udang Galah merupakan spesies ikan utama yang didarat oleh nelayan darat di Perak diikuti ikan Baung, Tenggalan dan Loma,” katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau menjawab soalan Berhanudin Ahmad (PN-Manong) mengenai nasib nelayan darat  kebanyakannya golongan B40 dan ada yang terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan untuk meningkatkan pendapatan.

Mohd. Zolkafly berkata, kerajaan tidak meminggirkan pembangunan sahsiah serta keterampilan nelayan darat dengan pelbagai program latihan disediakan kepada kumpulan tersebut.

Jelasnya, semua program latihan meningkatkan keterampilan nelayan boleh diakses melalui laman sesawang diselaraskan di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pendaftaran adalah percuma.

“Pihak Jabatan Perikanan juga mengalukan komuniti nelayan darat memohon kursus-kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka dan kesemua kursus adalah percuma,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN