PUTRAJAYA: Pembunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang, kekal digantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakannya untuk mengetepikan hukuman mati kerana membunuh kanak-kanak itu, 12 tahun lalu. Pihak pendakwaan menyifatkan kes tersebut terlalu tragis kerana mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli mi segera dan telur, dibunuh dan dibakar di kebun kelapa sawit. Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun…