Pembantu tadbir didenda RM14,000 kemuka tuntutan tanah palsu

Pembantu tadbir didenda RM14,000 kemuka tuntutan tanah palsu

TERTUDUH (dua kiri) diiring keluar oleh pegawai SPRM di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah hari ini mengenakan hukuman denda RM14,000 terhadap seorang pembantu tadbir yang menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan tanah di Keningau pada 10 tahun lalu.

Tertuduh, Justine Ongkomog @ Amran Mohd. Osman,54, mengaku bersalah atas lima pertuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan tanah untuk projek naik taraf Jalan Sook-Tulid-Sinua Keningau pada 2014.

Dalam pertuduhan alternatif yang dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu untuk menipu bagi mendapatkan bayaran tuntutan kawasan tanah yang terlibat dalam jajaran pembinaan projek naik taraf Jalan Sook-Tulid-Sinua, Keningau pada 2 Jun 2014 bertempat di Pejabat Pemungut Hasil Tanah, Keningau. 

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Dalam pada itu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan utama yang dilakukan pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa dengan niat memperdaya prinsipalnya iaitu Jabatan Tanah dan Ukur bagi tuntutan kawasan tanah yang terlibat dalam jajaran projek naik taraf Jalan Sook-Tulid-Sinua Keningau (Fasa 2), sebenarnya kawasan itu tidak terlibat dalam jajaran pembinaan jalan tersebut.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM7,000 bagi setiap pertuduhan alternatif keempat dan kelima manakala, pertuduhan alternatif pertama hingga ketiga diambil pertimbangan oleh mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

Tertuduh telah membayar denda pada hari ini. Pihak pendakwaan bertindak menarik balik lima pertuduhan utama di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom dan tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×