KUALA LUMPUR: Seramai 10 pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin di sini. Lima pegawai yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita itu tiba pada pukul 11.30 pagi menaiki kenderaan berasingan. Sejurus selepas itu, lima lagi individu dipercayai pegawai penyiasat tiba di pejabat berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari. Difahamkan, kehadiran semua pegawai penyiasat itu bagi mengambil…