KOTA BHARU: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu berjudi di tempat awam dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, kira-kira dua minggu lalu. Tertuduh, Edwin Ihsan Sahdoni, 31, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai aksesori telefon bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa…