[PARLIMEN] Kerajaan bakal pinda Akta Perikanan 1985

[PARLIMEN] Kerajaan bakal pinda Akta Perikanan 1985

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Perikanan 1985 secara menyeluruh pada sesi Parlimen akan datang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pindaan akta yang wujud lebih 20 tahun itu akan merangkumi isu berkaitan semua kategori nelayan dan lokasi tangkapan.

Katanya, perkara itu untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Kita akan pinda akta nelayan secara menyeluruh pada sesi Parlimen akan datang.

“Ini semua merangkumi hal nelayan kecil pukat besar, bot besar dan daerah penangkapan (hasil laut) supaya tindakan dapat diambil dengan baik. 

“Kita cuba memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berhubung sama ada kementerian bercadang menyemak semula syarat pemberian lesen kategori nelayan kecil bertujuan memudahkan perolehan lesen kepada mereka.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebanyak 6,000 permohonan lesen sampan diluluskan dalam tempoh 2021 hingga tahun ini.

Selain itu, katanya, operasi pemutihan lesen berkenaan turut dijalankan setiap tahun.

“Antaranya ada nelayan meninggal dunia. Kita juga bincang dalam (mesyuarat) Kabinet baru-baru ini mengenai tekong. 

“Tekong bot ini lagi tua lagi berpengalaman. Kadang-kadang umur 60 tahun kita suruh dia bersara, tetapi lagi lama di laut lagi berpengalaman dan kita perlu tekong-tekong berpengalaman.

“Jadi lesen ini berdasarkan kepada pemutihan sedang dibuat dan seperti diperkatakan tadi, akta menyeluruh akan dipinda pada mesyuarat (Parlimen) akan datang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN