KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu, jumlah kelahiran hidup mencatatkan penurunan sejak 2012. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah itu berkait rapat dengan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) yang menunjukkan penurunan semakin ketara. Selain itu, katanya, berdasarkan Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan. TFR di Malaysia menunjukkan penurunan daripada 2.1 anak pada 2010 kepada 1.6 (2022). “Terdapat pelbagai faktor menyumbang penurunan TFR. Ini…










