TEMERLOH: Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan pusat pembelajaran e-braille pertama di negeri ini di Kampung Mambang Berulang, Mentakab bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 80 orang kurang upaya (OKU) penglihatan mempelajari al-Quran. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Datuk Sabariah Saidan berkata, penubuhan pusat itu mendapat kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Pahang dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Kuantan. Katanya, kerajaan negeri akan menaik taraf bangunan…