Nasi lemak dipercayai punca 103 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan

Nasi lemak dipercayai punca 103 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan

Pihak-pihak bertanggungjawab diminta memantau mutu makanan di sekolah asrama di sekitar Terengganu bagi mengelakkan pelajar terkena keracunan makanan. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Makan nasi lemak dipercayai menjadi punca 103 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, dekat sini mengalami keracunan makanan Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Asits Sanna berkata, siasatan awal mendapati semua murid mempunyai sejarah makan nasi lemak kira-kira pukul 9.40 pagi.

Katanya, kes keracunan makanan itu melibatkan 103 murid yang mengalami gejala muntah, cirit-birit dan sakit perut.  

Beliau berkata, sebanyak lapan kes dimasukkan ke wad manakala 95 kes dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati bahawasemua kes mempunyai sejarah memakan nasi lemak. Namun, sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan masih dalam siasatan. 

“Tindakan kawalan yang telah dilaksanakan termasuk memberi rawatan bersesuaian, menjalankan pengesanan kes secara aktif, pendidikan kesihatan kepada individu terlibat serta pengambilan sampel makanan, minuman dan persekitaran bagi tujuan pengesahan punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asits, keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Sebagai pencegahan, JKNS menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah seperti menjaga kebersihan dan masak makanan dengan sempurna. 

Katanya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memantau serta menjalankan pemeriksaan ke atas makanan yang dijual atau dibekalkan di kawasan sekolah.

Semalam, Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin mengesahkan terdapat laporan keracunan makanan melibatkan 91 orang murid SK Pulau Gaya.

Kata Raisin, pihak sekolah bertindak memberhentikan perkhidmatan kantin dan pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta merta buat sementara waktu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×