Naik taraf Kolej Tingkatan Enam sebagai pusat matrikulasi

Naik taraf Kolej Tingkatan Enam sebagai pusat matrikulasi

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadangkan menaik taraf Kolej Tingkatan Enam sebagai pusat matrikulasi agar dapat menampung lebih ramai kemasukan pelajar tanpa mengira kaum.

Idea itu dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Anuar Ahmad berhubung keputusan kerajaan agar semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas diberikan ruang melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi.

Menurut Anuar, perkara itu juga supaya lebih ramai pelajar cemerlang SPM dapat melanjutkan pengajian.

“Saat matrikulasi dibuka untuk pelajar bukan bumiputera supaya lebih ramai pelajar bumiputera yang layak dapat tempat di matrikulasi, caranya segera naik taraf Kolej Tingkatan Enam sebuah pusat matrikulasi cawangan,” katanya dalam Facebook.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan memutuskan semua lepasan SPM yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas bakal diberikan ruang melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lalu bagi memastikan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum untuk mendapat tempat pendidikan lebih tinggi.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, kerajaan akan menjamin hak pendidikan untuk bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN