PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu melibatkan bahan pengganggu endokrin (EDCs), kerintangan antimikrob (AMR) serta mikroplastik terhadap kualiti air. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penyelidikan tersebut dijalankan di empat lembangan sungai di negara ini menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). “Seminar yang diadakan oleh NAHRIM ini melibatkan penglibatan pemain industri, kementerian dan agensi untuk kita…