Muhammad Sanusi kemuka representasi sekali lagi - Utusan Malaysia

Muhammad Sanusi kemuka representasi sekali lagi

Hasutan Sanusi
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor tiba mahkamah bagi menghadapi perbicaraan berhubung dakwaan hasutan di Mahkamah Tinggi, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengemukakan representasi sekali lagi kepada Jabatan Peguam Negara selepas mendakwa terdapat perkembangan baharu dalam kes hasutan dihadapinya di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Peguam mewakili beliau, Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata, justeru pihaknya memohon perbicaraan pada hari ini ditangguhkan dan tarikh-tarikh ditetapkan untuk prosiding tersebut dilapangkan.

“Saya diarahkan oleh anak guam untuk menghantar representasi kepada Peguam negara dan dihantar pada minggu lepas dan saya percaya, peguam negara perlu masa untuk mempertimbangkan representasi tersebut serta perkembangan yang baharu dalam kes ini,” katanya, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, pihaknya memohon penangguhan selama dua bulan bagi pengurusan kes untuk membolehkan kesemua pihak mendapat maklumat penuh dan mempertimbangkan representasi tersebut.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin kemudian membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan 27 September depan untuk pengurusan kes. – UTUSAN

Berita lanjut menyusul

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor tiba mahkamah bagi menghadapi perbicaraan berhubung dakwaan hasutan di Mahkamah Tinggi, di Shah Alam, Selangor, hari ini. – UTUSAN / SADDAM YUSOFF

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN