Mayat remaja lelaki lemas mandi sungai ditemui 30 meter dari lokasi

Mayat remaja lelaki lemas mandi sungai ditemui 30 meter dari lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Mayat remaja lelaki 14 tahun yang dilaporkan lemas selepas hanyut ketika mandi di sungai di Kampung Pulau Meranti di sini, ditemukan petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Nik Ahmad Muzakkir Nik Razali ditemukan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada pukul 6.36 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya terlebih dahulu menerima laporan kejadian itu pada pukul 4.41 petang.

Berikutan itu, kata beliau, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asri Che Harun dibantu pasukan PPDA dari BBP Shah Alam serta BBP Pelabuhan Klang.

“Operasi pencarian yang dijalankan oleh anggota PPDA akhirnya berhasil apabila mangsa ditemukan pada pukul 6.36 petang pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN