Mara keluar notis kepada 225 premis disalah guna

Mara keluar notis kepada 225 premis disalah guna

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 225 premis sewaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah disalah guna untuk dijadikan stor dan pejabat.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lot-lot perniagaan yang disewakan itu tidak beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Katanya, tindakan tegas berbentuk notis tiga bulan telah dikeluarkan bagi memberi masa kepada penyewa untuk meneruskan operasi seperti yang telah digariskan Mara.

“Ada yang positif dan ada yang tidak. Bagi yang ingkar, kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang selanjutnya.

“Jadi, kita minta supaya mereka kembali kepada perjanjian yang telah disepakati,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Penyewa Mara Se-Malaysia, di sini hari ini.

Setakat ini, pihak Mara mengeluarkan sebanyak 225 notis kepada premis yang telah disewakan namun tidak beroperasi mengikut garis panduan ditetapkan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, usahawan yang menggunakan premis itu juga perlu prihatinan sekiranya telah berjaya mencapai tahap kejayaan tertentu bagi memberi peluang kepada usahawan yang lain.

“Mereka perlu memahami matlamat penyediaan premis ini pada harga yang murah. Kita tidak mampu untuk menyediakan premis di seluruh negara.

“Jadi, kita minta apabila sudah mencapai tahap kejayaan, mereka pula ada nilai keprihatinan dengan bersedia memberi peluang kepada usahawan baru untuk bertapak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN