SUBANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian kejohanan bola sepak Euro 2024 di sebuah premis sekitar Bandar Sunway di sini, hari ini. Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan menerusi Op Soga X pada pukul 12.50 tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya turut merampas satu telefon bimbit kerana mempunyai aktiviti perjudian judi catit taruh Euro 2024. “Suspek direman…