GERIK: Tindakan seorang lelaki melarikan diri daripada pemeriksaan polis ketika serbuan Op Tapis di kawasan kebun durian berhampiran Titi Batu 6, Bersia di sini Khamis lalu, memakan diri apabila dia ditemukan mati semalam. Mayat lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di Sungai Perak dekat Kampung Jagor di sini. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat penemuan mayat itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 5.40 petang.…










