KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul RM160,000 melalui Langkah Muar menerusi misi larian sejauh 200 kilometer (km). Perkembangan itu dikongsikan Ahli Parlimen Muar itu yang dalam fasa terakhir bagi menuntut keadilan untuk peruntukan kawasan pembangkang yang didakwa dinafikan sekian lama. Menurutnya, jumlah itu melebihi sasaran RM100,000 yang disasarkan sebelum ini. “Semalam apabila saya semak data lebih 2,000 rakyat Malaysia menyumbang. Tetapi, yang lebih terharu adalah bukan setakat…