PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mendedahkan, ‘lambakan’ hasil laut menjadi tarikan kepada nelayan asing terutama dari Vietnam menceroboh perairan negara seterusnya ‘merompak’ hasil. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Kelantan, Komander Amiludin Yenggah berkata, masalah kekurangan hasil di Vietnam turut mendorong nelayan berkenaan masuk secara haram ke negara ini meskipun puluh kapal mereka sudah ditahan sebelum ini. Menurutnya, kemudahan teknologi canggih yang mampu mengesan kedudukan kawasan banyak ikan merancakkan lagi kegiatan berkenaan. “Ada dalam kalangan bot Vietnam ini sanggup masuk sehingga ke perairan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya