PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan tingkatan lima dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman College Heights, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Kehilangan Nur Farah Diana Mohd. Erwadi, 17, disedari oleh ibunya kira-kira pukul 7 pagi tadi. Nor Akmar Hariri, 43, berkata, dia menyedari kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu ketika hendak mengejut pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah terbabit. “Apabila masuk ke bilik,…










