IPOH: Seekor harimau belang jantan ditemukan mati dilanggar kenderaan di Kilometer 314.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah di sini, semalam. Kejadian berlaku sekitar pukul 5.45 pagi dan pemandu kereta jenis Nissan Juke yang terlibat dilaporkan tidak mengalami kecederaan walaupun kenderaan dipandunya remuk di bahagian depan. Kaskas harimau yang berada di dalam longkang di tepi lebuh raya itu telah diambil kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)…