Kosongkan kerusi: Selangor tak sama dengan Kelantan - Abdul Rashid - Utusan Malaysia

Kosongkan kerusi: Selangor tak sama dengan Kelantan – Abdul Rashid

Abdul Rashid
KEDUDUKAN Abdul Rashid Asari diubah berdasarkan perisytiharan dibuat beliau sebelum ini serta notis diberikan oleh Mohamed Azmin Ali berhubung notis gugur keahliannya, pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-15 DUN Selangor, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari mendakwa isu kekosongan kerusi yang ditegaskan oleh Badan Pimpinan Bersatu Selangor tidak boleh dianggap sama seperti di Kelantan.

Beliau berkata, situasi dihadapinya adalah dipecat daripada parti dan tafsiran daripada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang tidak memerlukan beliau mengosongkan kerusinya.

Menurut Abdul Rashid, bagaimanapun beliau menghormati Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San dan menunggu keputusan daripadanya untuk menentukan kedudukan sebagai wakil rakyat di kawasan Selat Klang.

“Kami ada berbincang tentang kedudukan saya dan saya kata terpulang kepada Speaker kalau beliau hendak kosongkan ataupun tidak. Saya akur dengan apa-apa keputusan.

“Tidak seperti di Kelantan, berbeza dengan Selangor kerana di kelantan itu sudah tentu Speakernya orang Pas dan mereka terburu-buru hendak mengambil kerusi Pas itu, jadi Speaker buat keputusan dengan cepat,” katanya ketika ditemui, pada Sidang DUN Selangor, hari ini.

Jelasnya, jelasnya beliau juga menyerahkan sepenuhnya kepada Speakar untuk memenuhi tempoh 21 hari untuk membuat keputusan dan bersedia untuk menjalankan tugas seperti biasa jika tidak diarahkan untuk mengosongkan kerusi.

Sebelum ini, sokongan Abdul Rashid kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjadi punca beliau digugurkan sebagai ahli Bersatu.

Justeru, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Speaker Selangor, Lau Weng San pada 21 Jun lalu dengan Weng San mempunyai tempoh 21 hari bagi menentukan status kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Rashid turut memaklumkan akan merujuk kepada mahkamah untuk membuat tafsiran sebenar jika Speaker mengarahkan beliau mengosongkan kerusi DUN Selat Klang.

“Mungkin saya akan bawa ke mahkamah, sebab kalau ikutkan peruntukan undang-undang negeri, sekiranya saya dipecat, expulsion atau expelled from the party, Speaker tidak wajib (arah) mengosongkan kerusi, tetapi kalau saya sendiri keluar daripada parti, masuk parti lain atau dituduh di mahakmah dan sebagainya, itu barulah boleh kosong.

“Tetapi, kalau dipecat daripada parti itu merupakan undang-undang negeri. Insya-Allah, kalau betullah dikosongkan mungkin saya akan bawa ke mahkamah untuk mendapatkan tafsiran daripada mahkamah bagaimana,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN