PETALING JAYA: Komposisi penduduk usia penengah dan warga tua mengatasi golongan muda yang menunjukkan penurunan pada tahun ini. Menurut statistik Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, perubahan kumpulan umur muda mencerminkan struktur piramid penduduk apabila peratusan penduduk muda kurang menduduki dalam struktur sosial masyarakat. Ia bermakna bilangan kumpulan umur generasi akan datang akan berkurangan secara perlahan sekali gus mengubah landskap piramid penduduk. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk…