KANGAR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melihat semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penjualan dan penggunaan racun dalam kalangan masyarakat. Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kejadian meragut nyawa melibatkan dua beradik yang termakan keropok mengandungi racun tikus sebelum ini menjadi peringatan bagi melihat semula keperluan dalam menguatkuasakan peraturan berkaitan penjualan dan penggunaan bahan tersebut. Katanya, bagi tujuan itu, KKM akan turut melibatkan kolaborasi bersama agensi-agensi lain dalam menguatkuasakan peraturan tersebut. “Ini…