Kerjaya lakonan saya sudah berakhir – Salih Yaacob

Kerjaya lakonan saya sudah berakhir – Salih Yaacob

SALIH YAACOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon vete­ran, Salih Yaacob terkilan dengan netizen yang menghentamnya di media sosial hanya disebabkan dia aktif bersiaran langsung di platform TikTok.

Kata pelakon dan penyanyi berusia 61 tahun itu, dia tidak faham mengapa ramai netizen menghamburkan kata-kata kesat beserta cemuhan kepadanya sedangkan niatnya tidak lebih hanya mahu menjana pendapatan menerusi platform berkenaan.

“Rata-rata menyumpah saya, kata saya sudah tua, umur tak panjang, tak lama lagi masuk kubur. Yang komen begitu bukan budak-budak sahaja, yang berusia pun ada.

“Saya aktif di TikTok sebab nak cari duit, penerbit pun sudah jarang panggil saya berlakon.

“Kepada yang menghentam, hentamlah. Mereka bercakap tak berilmu dan tak ada kena mengena dengan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Salih yang aktif bersiaran langsung di platform berkenaan sering mengundang rakan pelakon lain seperti A.R Badul, Razak Ahmad dan ramai lagi sebab tetamu jemputan.

Kata Salih, disebabkan ketiadaan tawaran berlakon, dia perlu mengambil pendekatan lain, antaranya menerusi TikTok untuk menjana pendapatan.

“Orang dah tak panggil saya berlakon. Ada pun mungkin satu kali dalam dua tiga tahun. Saya anggap (kerjaya) lakonan saya habis begitu sahajalah. Umur saya pun dah di hujung-hujung, sudah tiada apa.

“Saya pun dah tak boleh terlalu bekerja. Masih boleh bangun dan berdiri, tetapi tidaklah segagah orang muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×