SERDANG: Kerajaan meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan diyakini dapat memberi impak positif kepada komuniti Felda. “Penglibatan Felda dalam SejaTi Madani merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti. “Oleh itu, komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti…