KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengekalkan identiti dan budaya tempatan dalam pembangunan moden, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, negara terdiri daripada pelbagai kaum dan adalah memalukan sekiranya Malaysia kehilangan seni bina, reka bentuk dan bidang lain yang berkaitan dengan identiti dan budaya bangsanya. Katanya, kaum Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak serta Orang Asli merupakan sebahagian daripada masyarakat negara ini dan pembangunan tidak boleh menyisihkan ciri-ciri…

 
								 
											









