KULIM: Sebuah kedai runcit yang menyorok minyak masak paket dan enggan menjual bekalan itu dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kejadian di Taman Makmur, di sini semalam. Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, perbuatan peruncit itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa KPDN melakukan risikan dalam Op Samar kira-kira pukul 12 tengah hari. Menurutnya, tindakan awal dilakukan oleh pasukan serbuan adalah dengan membuat…










