Jho Low terus  diburu, tiada kaitan perjanjian dengan  DoJ

Jho Low terus  diburu, tiada kaitan perjanjian dengan  DoJ

MENTERI Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berucap pada Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB ke-30, di Hotel Tenera, Bangi, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjanjian penyelesaian antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan Low Taek Jho atau Jho Low perkara berasingan kerana kerajaan akan terus memburu ahli perniagaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kedua-dua perkara tersebut perlu dibezakan dan DoJ  melakukan tindakan jenayah tersendiri yang dikenakan terhadap Jho Low.

“Apa-apa yang AS mahu buat ke atas Jho Low, itu hak dia (DoJ) tetapi apa-apa saja ‘recovery’ yang dia buat, dia akan bagi balik duit itu kepada Malaysia.

“Isu sekarang ini adalah mengenai perjanjian penyelesaian yang telah dibuat waktu kerajaan sebelum ini dengan Goldman Sachs yang mana mereka akan bayar tambahan USD1.4 bilion (RM6.59 bilion) daripada USD2.5 bilion (RM11.78 bilion) yang dijanjikan.

“USD2.5 bilion sudah dibayar dan dia (DOJ) beri jaminan untuk bayar USD1.4 bilion. Dekat sini ada pertikaian sebab AS tidak mahu bayar kerana mereka kata kita sudah dapat banyak duit, sedangkan tidak, kita masih belum peroleh semuanya lagi,” kata beliau.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB kali ke-30 2024 di sini hari ini.

Jho Low baru-baru ini dilaporkan akan menyerahkan harta bernilai lebih USD100 juta (RM471 juta), termasuk sebuah apartmen mewah di Paris dan karya seni Claude Monet dan Andy Warhol.

Tindakan itu dibuat bagi menyelesaikan kes pelucutan hak sivil berhubung peranannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan dana 1MDB.

Aset yang dilucut hak itu adalah tambahan kepada hampir USD1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk ‘superyacht’ bernilai USD120 juta (RM503 juta) yang Jho Low dan keluarganya dilucut hak sebelum ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN