Jenazah Luth Syauqi dibawa pulang untuk dikebumi malam ini

Jenazah Luth Syauqi dibawa pulang untuk dikebumi malam ini

JENAZAH Muhammad Luth Syauqi dibawa keluar dari HPP untuk dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Baling, Kedah untuk upacara pengebumian malam ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Jenazah Muhammad Luth Syauqi yang meninggal dunia selepas termakan keropok bercampur racun tikus dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Baling, Kedah malam ini.

Jenazah kanak-kanak berusia dua tahun itu dibawa dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira pukul 9.25 malam tadi dengan diiringi oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25.

Difahamkan, jenazah Muhammad Luth akan dikebumikan di sebelah kubur abangnya Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, tiga tahun yang meninggal dunia Rabu lalu.

Terdahulu, dalam kejadian Ahad lalu, dua beradik itu dikatakan termakan makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Muhammad Akil Syauqi yang juga anak sulung Nurain meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi Rabu lalu selepas 78 jam bertarung nyawa ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala adiknya, Muhammad Luth pula meninggal dunia kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN