GEORGE TOWN : Jenazah Muhammad Luth Syauqi yang meninggal dunia selepas termakan keropok bercampur racun tikus dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Baling, Kedah malam ini. Jenazah kanak-kanak berusia dua tahun itu dibawa dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira pukul 9.25 malam tadi dengan diiringi oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25. Difahamkan, jenazah Muhammad Luth akan dikebumikan di sebelah kubur abangnya Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, tiga tahun…








