PONTIAN: Penduduk dinasihatkan tidak memakan udang galah atau ikan yang timbul di Sungai Tanjung Air Hitam di sini berikutan pencemaran air sungai itu pada 21 Julai lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, memandangkan belum ada keputusan mengenai punca pencemaran daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebarang aktiviti seperti memancing perlu dielakkan. Menurutnya, beliau akan merujuk Bahagian Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengesahkan sama ada…










