ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan umat Islam agar tidak mengorbankan jati diri sebagai seorang muslim semata-mata kerana ingin meraih kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti. Titah baginda, umat Islam perlu mengutamakan persaudaraan, integriti, kualiti insan dan keberkatan dalam segala tindak tanduk yang dilaksanakan. “Janganlah kerana tamakkan pencapaian dan kemajuan duniawi, serta mahu melihat kejayaan secara drastik, kita sanggup korbankan kehendak agama dan musnahkan nilai kemanusiaan…









