Jangan abai ibu bapa selepas warisi harta - Utusan Malaysia

Jangan abai ibu bapa selepas warisi harta

Harta
ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masyarakat khususnya yang masih mempunyai ibu bapa digesa tidak mengabaikan orang tua masing-masing selepas mewarisi atau diserahkan harta kepada mereka lebih-lebih lagi secara hibah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof berkata, masyarakat sepatutnya menghormati ibu bapa yang memilih anak-anak untuk dihibahkan harta milik mereka secara sah ketika mereka masih hidup.

“Memang ada kes anak-anak tidak mengenang jasa setelah harta dibahagi-bahagikan oleh ibu bapa.

“Malah ada anak sanggup menghalau bapa keluar dari rumah hinggakan terpaksa tinggal di rumah kecil. Bila bapa tidak dia diabaikan, jadi kita tidak mahu perkara tersebut terjadi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kad Hibah sempena Seminar Hibah: ‘Sayang Jangan Sampai Melayang’, hari ini.

Tambahnya, ibu bapa yang hendak memindah hak milik harta seperti rumah dan tanah kepada anak atau cucu, seharusnya diadakan perbincangan antara mereka terlebih dahulu.

“Dalam ucapan tadi, saya menyebut sebelum keputusan dibuat (hibah) untuk membahagi-bahagikan harta, ibu bapa perlu berbincang dengan teliti urusan tersebut dengan sesiapa yang berhak seperti cucu dan anak. Maknanya ada konsensus (persefahaman).

“Saya berharap di peringkat MAIS kita bukan sahaja menguruskan pembahagian harta secara hibah tetapi urusan hubungan baik satu sama lain juga akan diberi perhatian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN