KUALA LUMPUR : Keterangan sembilan saksi akan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula esok berhubung pendedahan dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN 2/2024) terhadap HRD Corp. Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, proses merakam keterangan itu akan dilakukan secara berperingkat. Tanpa mendedahkan individu yang dipanggil, kata sumber, setakat ini, tiada tangkapan dilakukan oleh SPRM. “SPRM kini dikatakan sedang mengkaji dokumen-dokumen yang diambil daripada kedua-dua agensi iaitu HRD Corp dan…