HULU TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah jantan liar dianggarkan seberat 1.5 tan di Kampung Teris, dekat sini, hari ini. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi memindahkan mamalia berkenaan dibantu dua gajah denak iaitu Indah dan Suria yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu. Menurutnya, gajah liar tersebut berjaya ditangkap Khamis lalu selepas operasi menjejak diaktifkan sejurus menerima…