PETALING JAYA : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil maklum mengenai kes-kes penipuan menggunakan nama jabatan itu seperti dilaporkan media. Justeru itu, orang ramai dinasihati tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pemberian kontrak pembekalan khususnya bagi kontrak secara perolehan terus menggunakan nama JBPM. JBPM dalam kenyataan berkata, bagi rundingan terus bernilai RM50,000 dan ke atas perlu mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) tanpa membabitkan orang ketiga atau sebarang bayaran…










